: pengusaha ladang :

My Photo
nisa|22|fat immature girl|

: stalker :

Wednesday, June 8

resipi kek marble simple

ape kes tetiba nak ajak ber-marble ni? takde lah. aku juz nak ajak korang buat kek marble je. haha yela bila kita belajar benda baru,kita kene kongsi ngan orang ramai. baru namanya 'caring is sharing'. cewah. benda ni dah lama dah aku nak update tapi asyik tak berkesempatan je. tak tahu la ape yang buzy sangat kan,*orang lain keje pon ade masa untuk blog tau =="* sebenarnya kek marble ni dari spesis kek butter biasa tu je cuma letak macam-macam warna. sumpah aku tak pernah tahu.aku ingat kan dari spesis kek lain kan. ade satu hari tu aku gatal la join kelas buat kek. cewah. dah ade ciri dan bakat nak kawen. haha aku join sbb yang buat kelas tu kawan mak aku. join jela kan. mana tahu kalo dapat ilmu lebih kan. time cuti-cuti ni mmg aku sedang gian nak membuat pelbagai juadah. aku pon tak tahu sebab ape =="

abaikan. resipi ni aku dapat dari kelas masak tu la. sedap la jugak. lain dari kek butter yang pernah aku buat dulu. 1st time buat kan, jadi pon tak jadi sangat. tapi pedulik la. nak gak kongsi resipi-nya. jom ber-marble woot woot

kek marble

bahan A :

250gm mentega
1 camb ovelette
220gm gula kastor

bahan B :

4 biji telur gred A (yang ni aku guna je pape.asalkan telur.haha)

bahan C :

280gm tepung
1 camt serbuk penaik

bahan D :

1 camb susu tepung
50 ml air suam
(yang ni korang guna susu cair pon boleh)

bahan E :

1 camt chocolate emulco
1/2 camt strawberry emulco
(atau korang boleh guna pewarna makanan je)

Cara-cara

1. masukkan semua bahan A dan pukul sampai putih dan kembang
2. masukkan sedikit-sedikit bahan B dan pukul sampai sebati
3. masukkan bahan C yang dah diayak
4. masukkan bahan D, gaul sampai rata
5. asingkan adunan kek kepada 3 bahagian (mengikut warna yang korang nak)
6. griskan acuan dengan sedikit mentega
7. layerkan adunan sedikit demi sedikit di tengah-tengah acuan
8. bakar pada suhu 180 C selama 40-50 minit



yang ni masa bahan A tu dikisar sampai kembang dan putih
*dikisar tuuuu. haha*


yang ni bahan B. 
aku kalo buat kek memang lenjan je la.
grade A ke grade B ke aku pakai je asalkan telur. haha




bila dah asing tiga bahagian.
letak la warna ape yang diminati.
aku guna chocolate emulco dengan pewarna merah je time ni


time ni korang layerkan satu demi satu
gilir-gilir la warna
nanti dia akan merebak sendiri mengisis kekosongan acuan tu
haha


dah layer sume jadi cam ni
time ni aku guna lidi aku main buat je corak ape aku nak. 
haha


yang ni ovelette kalo korang nak tahu la
seumo hidup aku sampai sekarang aku tak penah jumpa benda alah ni
dah masuk kelas baru jumpa
haha
ketinggalan zaman betol.
benda ni untul stabilkan kek korang.
supaya kulitnya cantik teratur bila dipanggang
huhu


ni hasilnya
haha
aku rasa time ni bantat sikit kot
tak naik sangat
silap sukat baking powder kot
tapi sedappp! *nak jugak ngaku sedap. =="*


tu jela hasil pembelajaran aku di kelas memasak. kelas buat kek tu aku buat dua kek. kek marble satu dengan kek coklat. kek coklat aku dah biasa buat. lagipun mak aku suka kek marble. so kek marble la 1st try lepas kelas jawapannya. kalo rasa nak cuba amik la resipi ni. tak nak takpe. haha :D


No comments: